
Alhamdulillah, Ilham baru tidur. Tadi bawa dia ke kedai, (sebenarnya tak nak bawa sebab kedai sibuk dan sempit tapi kesian pula nak tinggal kat nenek), tengah ummi sibuk2 cakap dengan orang kedai, tiba-tiba,
"Eh, anak siapa tu. Bangun-bangun. Kotor dik atas lantai"
Ummi pusing tengok, rupa-rupanya Ilham tengah baring meniarap atas lantai -_- ya Allah anak ummi.. Then, kat kedai ada tester coklat, ummi pun ambil bagi dia rasa satu. Then, time dah keluar dari kedai, dia nak lagi satu.
"Tak boleh lah sayang..one only."
Mula-mula dia ok. Bila masuk kereta, dia mengamuk sejadi-jadinya sampai rumah. Sampai rumah, tak nak keluar kereta. Buntu ummi. Last-last angkut juga dengan paksa selepas adegan pujuk memujuk berjalan dekat 30minit kut. Yang sebenarnya dia mengantuk.
Huhu, sungguh mencabar mengurus tantrum anak seorang diri. Sometimes, kita rasa hilang sabar sangat. Tapi kita tak boleh pass pada orang lain. Semoga Allah mengurniakan kesabaran yang SANGAT TINGGI pada ummi. Abi nak balik dah. Ummi rasa lega sangat. Kepulangan abi pasti sangat membantu.
KITA BELAJAR KERANA APA
Semalam aku call Khadijah. Saja nak tanya khabar. Lama betul tak jumpa. Khadijah ni kawan aku time DQ dulu. Aku selalu respect mujahadah dia dalam mengislah diri dan yang paling respect istiqamah dia dalam iadah hafazan Quran. Woho.. kalau tengok betapa konsistennya dia, rasa nak bunuh diri bila muhasabah diri. Sampai hari ini, setelah 6 tahun, sejak di DQ dulu, begitulah dia. Tak kira suasana, masa, tempat. Dia akan iadah. Aku? . . .
Khadijah cerita kesedihan dia tentang prestasi akademik. Aku cakap, aku lagi teruk. Kurang-kurang dia dah nak grad. Pharmacy pulak. Aku neh, lagi 2 tahun huhu. Aku cakap lagi, (ni ayat yang aku dah sedapkan) kalau kita menilai prestasi itu dari kaca mata nilai di kertas, kita memang akan rasa teruk. Tapi hakikat menuntut ilmu itu tidak begitu. Orang yang benar2 bijaksana adalah orang yang menguasai ilmu tersebut. Dan untuk benar-benar menguasai, kadangkala kita sampai terpaksa belajar berkali-kali. Tapi kalau kita jelas apa yang kita mahu dari belajar - MENGUASAI KEMUDIAN MENGAMALKAN - kita tak akan putus asa dan keletihan. Malah, kita tak akan puas hati dengan gred A sekalipun dalam keadaan kita tahu hakikat sebenarnya kita tak tahu apapun tentang ilmu itu, dan tanpa tahu kita tak mampu mengamalkan dengan baik. Oh, terus teringat paper Financial Management yang sangat teruk! Yang ini kalau kena ulang pun aku ok je (haha pujuk diri).
KELEMAHAN SEBAHAGIAN DARI KEHAMBAAN.
Dalam pelajaran Creative Thinking and Problem Solving yang aku belajar sem lepas, terdapat beberapa habit yang menghalang manusia berfikir, antaranya,
Face Saving
Conformity
Stereotyping
Mine-Is-Better Habit
Resistance to change
Self Deception
Oh, habits ini aku rasa sangat banyak ber'cokol' kukuh dalam diri kebanyakan kita. Kita sangat sukar mengakui kelemahan diri menyebabkan kita jarang mengambil berat nasihat yang diberikan kepada kita. Hal ini menyebabkan kita sentiasa berada di tampuk yang lama dan tidak memajukan diri.
Hakikatnya, mengakui kelemahan diri adalah sebahagian dari sifat kehambaan. Orang yang beriman bahawa dia adalah ciptaan dan di sana ada PENCIPTAnya, dia akan selalu terbuka dengan kelemahan dirinya kerana memahami bahawa hakikat makhluq penuh dengan kekurangan.
Oh, cakap memanglah senangkan. hehe. Tak apalah, kita cuba baiki diri untuk terbuka menerima kritikan dari siapapun, dan menjadikan kritikan pada diri kita itu suatu cabaran untuk memajukan diri. Kalau semua orang Islam berfikir begini, aku percaya agama ini akan didokong oleh orang yang hebat2.
Till then,
Wassalam,