Sunday, November 8, 2009

Bergolek-golek

Assalamualaikum. Lama betul tak update blog (-_-) Abang pun dah rindu nak tengok gambar puteri manja dia yang sorang ini. Sekarang dah 7 bulan. Berat tak tahu la berapa (-_-) pokoknya sangat berat! Tapi ummi pun dah makin kuat. Mungkin sebab sepanjang hari jaga dia, so dah terbiasa. Boleh la dukung dia sebelah tangan (tapi tak leh la lama-lama..huhu mau patah tangan ummi).

Si tembam ini sudah expert buat hikmat putar alam (baca : berpusing-pusing / pusing 360 darjah), angkat badan tinggi-tinggi dan bergerak . . . . . . . . . ke belakang. huhu.. Dia belum pandai tolak badan guna kaki. So dia tolak guna tangan. Tapi pandai jugak, sometimes, kalau dia nak ambil mainan kat depan, dia akan pusing then bergerak ke balakang. Bila kaki dia dah rasa mainan tu, then dia pusing balik badan dia. (~_^)

Ada satu hari, Cikgu Laily datang jumpa aku di rumah. Kami berbincang sambil Ilham main di tepi. Entah macamana dia tersepit dekat celah kerusi (kaki kerusi tu di celah dua kaki dia). Oleh kerana kepala dia menghadap ke luar, so aku tak bimbang dia terhantuk.

"Ilham, move forward sayang!".

Tapi dia tak gerak. Hanya kaki dia tergodek-godek. Oleh kerana dia tak nangis, so aku biar je dia main kat celah kerusi tu.

Selang 10 minit, aku cakap lagi. "Sayang, sini sayang. Gerak dekat ummi".

Kaki dia godek-godek lagi. Tapi tak gerak. Sampai la habis kami berbincang. Aku tengok je dia. Kenapa la dia tak nak keluar. Akhirnya baru aku perasan - Ilham mana pandai gerak ke depan. Dia kan gerak ke belakang! Patutlah tak keluar-keluar anak ummi sorang ni.. (-_-) Tak tahulah ni cerita comel ke kesian :p

Makin besar ni, Ilham makin buas! huhu.. Kakinya ya Allah.. tak pernah duduk diam. Aku perhati, antara kaki jejak ke tanah dengan angkat ke atas, rasanya 80% angkat ke atas. Tak lenguh ke Ilham..? (tapi tak pelik sebab dari dalam perut suka main tendang-tendang) Kadang-kadang dah malam tapi mata bulat lagi tak nampak tanda-tanda nak tidur. Aktifnya pun bukan main lagi.

"Ilham, dah la tu main. Kita main esok pulak sayang. Jom tidur dengan ummi".

Pastu kakak aku cakap, "Dia bukan main, dia belajar la".

Betul! ~_^ Sebenarnya, dia bukan main. Tapi she's learning. Too much things to explore, to know about. So, bila dia seronok main, aku biar je dia main sampai letih, sampai bosan. Bila dah mengamuk nak tidur, baru bawa masuk tidur.

Semua cerita pasal Ilham.. Nak buat macamana, dah siang malam, pagi petang dok main dengan dia. Tapi, aku rasa enjoy dapat tengok perkembangan dia ^_^. Untuk suami tersayang, ni sayang upload banyak-banyak gambar Ilham untuk abang. We miss you so much. Balik cepat ye! Nak ajak abang beli mainan yang bunyi-bunyi dan lampu-lampu untuk Ilham! (T_T rindunye.. cepatlah balik..)


Toothless smile

Golek-golek

Golek lagi!

Lagi-lagi golek.

Semek kata abi :p

Budak manja.

Nak ambil camera ummi.

Rolling is fun!

Ops! Break mengejut..

Ni la kesannya..

Kena pagar kalau tidur..

Kalau tak jatuh katil -_-

2 comments:

asliani ahmad said...

aslkm akak..
dah lama x tgk ilham ni...
geramnye tgk pp ilham..nak cubit2 rasa..

rihlatulwujud.wordpress.com said...

memang semangat si ilham nie!

Post a Comment