PONTENG 1
Abang balik 24/2 baru ni. Break first semester, 3rd year. Dah dekat 4 tahun abang pergi, tinggal 3 semester je lagi. Cepatnya masa berlalu kan? Tengahari tadi, time lunch dengan mak, mak kata mak ingat abang 2nd year huhu. Ok, balik cerita asal. 24/2 tu adalah hari Selasa. Oleh kerana flight abang landing jam 1pm dan abang hanya bawa hand luggage,maksudnya abang akan keluar dalam pukul 1.30-2.00pm. Tapi jam 2pm aku ada kuliah Theory of Interest. Hari sebelumnya aku dah minta izin dari pensyarah untuk masuk lewat. Time jalan dengan abang nak gi car park,
"Sayang rasa malas la bang nak masuk kelas". (Isteri mana yang sanggup tinggal suami terpinga2 kat kampus tunggu dia habis lecture sedangkan dah 4 bulan tak jumpa!)
"Kelas apa petang ni?"
"Teory of Interest"
"Hoh! Belajar riba'!"
(-_-!)
"Oleh kerana kelas riba', abang tak kesah la sayang ponteng hehe.."
Jadi kami pun ponteng. Ops, salah. Aku yang ponteng sorang =p. Balik rumah, rehat kejap. Then, keluar ke Alamanda, makan Pizza Hut! Time abang balik ni la nak merasa makan sedap. Abang pun macam tu jugak, time cuti la nak makan sedap. Then, balik tidur.
CUTI SAKIT ANAK BERANAK.
Untuk hari berikutnya hingga Jumaat, rutin harian berjalan seperti biasa. Aku ke kampus, abang stay berehat di rumah. Sabtu, kami balik Kelantan. Cuti seminggu (mid term yang tak mid - baru 4 minggu sekolah kut huhu) dipenuhi oleh kitaran ke-tak-sihat-an kami sekeluarga. Dua hari pertama, Ilham demam. Then 4 hari seterusnya,aku keracunan makanan. So, plan ke Perak terbatal dengan sendirinya. Next day, abang lelah. The next2 day, abang sakit kepala dan rasa nak demam. Tapi abang gagahkan jugak sebab esok aku kena gi sekolah!
JAM YANG SANGAT HORROR!
Pagi Ahad, lepas solat Subuh aku terus basuh baju dan siapkan bekal makanan untuk balik Bangi. Baju dah siap packing malam semalam. Abang tidur balik lepas Subuh sebab sakit kepala dan rasa nak demam. Malam semalam, Ilham asyik menangis tak boleh tidur sebab nyamuk, jadi ummi dan abi lagi tak boleh tidur. So, Ilham tidur dengan abi. Gitu gini, jam 11.00am kami bertolak. Sampai Machang, hoho kereta bersusun tak bergerak atas jalanraya. So, tukar patah balik, try ikut Terengganu. Traffic slow tapi bergerak.
Jam 12 tengah malam, kami masuk Karak Highway. Guess what, kami dapati pemandangan kat Machang tadi semula di HIGHWAY Karak pada jam 12 TENGAH MALAM. Oh Tuhan, pukul berapa nak sampai Bangi. Abang dah start rasa bersalah sebab aku sepatutnya ke sekolah lepas Subuh esok. Start dari situ, aku rasa abang hanya guna gear 1 dan 2 sahaja. Kami balik guna Kelisa manual. Sila bayangkan betapa lenguh kaki abang. Banyak kenderaan dah surrender dan tersadai di tepi jalan bersama penunggangnya. Yang bawa anak kecil lebih kesian. Untung, Ilham tidur dengan nyenyak. Dia pun sangat exhausted.
Jam 3am abang dah tak boleh nak teruskan. So, kami park tepi. Abang terus tertidur. Kasihannya suamiku T_T. jam 3.30am, abang bangun dan memandu lagi. Alhamdulillah, lepas hentian Genting Sempah, jalan clear se'clear2'nya. Sangat pelik. Ke mana perginya semua orang?Kami sampai Bangi jam 4.30am. Time kami tutup lampu nak tidur, dengar bunyi enjin kereta ayah menderum, nak bertolak kerja di Kuantan. Pagi itu, aku menyaksikan pengorbanan 2 lelaki istimewa dalam hidupku. Ya Allah, berkatilah dua lelaki ini. (p/s: cuba anda congak2 berapa lama perjalanan kami kali ini).
PONTENG LAGI
Lepas Solat Subuh, aku rasa penat dan mengantuk sangatt2. Kalau masuk kelas pun, tak mungkin dapat fokus. Jadi aku pilih berehat dan hanya masuk kelas ketiga jam 2pm nanti. Bangun dari tidur, jam dah menunjukkan pukul 12.30pm. Aku siap2, mandikan Ilham. Gitu gini aku terlewat. Jam 1.45pm masuk kereta, jam 2pm aku sampai depan tol Bangi. Aku rasa nak nangis. So, patah balik rumah. Pokoknya aku ponteng 1 hari penuh. But, the good news is, sebenarnya kelas jam 2 ptg tu batal. Aku hanya tahu keesokan hari.
to be continued..
(I''ll continue on Majlis Anugerah Dekan, Melaka, Abang


Semoga diberi kekuatan!
ReplyDelete