Saturday, February 19, 2011

Abi Balik Malaysia 2

..continuation from the previous post.

MAJLIS ANUGERAH DEKAN.

Alhamdulillah, semester lepas, setelah segala yang dilalui emotionally and physically, I managed to get listed as one of the receiver for Majlis Anugerah Dekan. Last semester was the toughest. Jadual yang menggila, kelas yang sangat pack, Ilham warded for High Grade Fever (ummi tak ke sekolah seminggu dan minggu itu penuh dengan test), then puasa (thanks to abang yang sangat sabar). Banyak juga malam yang terpaksa dikorbankan dengan stay up (tak tidur langsung) untuk siapkan assignment and tutorials. Natijahnya, aku sangat selalu sakit kepala dan penglihatan sangat teruk sekarang.

Majlis berlangsung pada hari Rabu minggu ketiga abang pulang. Hari itu, abang sakit perut. Aku sebenarnya tak berhajat nak hadir majlis, tapi abang bertegas perlu hadir. Jadi, dalam keadaan abang sakit perut, abang datang juga naik komuter, then aku fetch di Komuter Nilai. Time tu, muka abang masam je.

"Abang, abang larat ke ni? Sayang tak apa je kalau tak pergi"

"Sayang rasa abang datang susah-susah ni kenapa?"

.... (diam)

"Abang nak hargai isteri abang. Abang tahu, sayang susah sangat belajar, tapi sayang cemerlang. Kalau bukan abang yang hargai sayang, siapa lagi".

Abang sambung lagi, "Oleh sebab abang datang susah-susah ni, sem ni sayang kena dapat dean list lagi okey? Dah, jangan sedih-sedih".

So, petang tu lepas lunch sama-sama, kami hadir majlis. Aku ambil hadiah dan abang tertidur keletihan kat belakang. Poor abang.. Lepas ambil hadiah, kami cepat-cepat lari ambil Ilham dan petang tu kami makan sedap sikit (oh sebenarnya, setiap hari abang balik pun kami makan sedap huhu). What a happy day (^_^).


MELAKA

Hujung minggu ketiga, seperti yang telah kami rancang sejak sebelum abang sampai Malaysia, kami ke Melaka. Last time aku ke Melaka rasanya time sekolah rendah. Tema percutian kali ini ialah "rilek2 aje". huhu. So, tak rancang apa-apa langsung. Sampai Melaka, cari hotel murah2 yang sesuai, then berehat dalam bilik sampai petang. Lepas solat Asar, kami kelar cari makan. Sangat susah cari makan di Melaka, hanya penuh dengan kedai Cina. So, kami makan di Nando's Mahkota Parade. Lepas maghrib, kami berpusing2 dengan sengaja (baca: sesat) di area Pusat bandar sehingga akhirnya ketemu juga dengan destinasi yang dicari - Night Cruise.

Oleh kerana camera rosak, kami tergoda juga beli gambar kenangan yang harganya dikatok dengan sangat mahal huhu. Tapi, tak apalah sebab abang kata tak ada kenangan, plus, gambar tu sweet sangat (^_^).

Esoknya, kami check out dalam jam 11.30am, then terus menuju ke A Famosa Resort. Oh, harganya sangatlah mahal! -_-! tapi pengalaman safari memang best sebab boleh tengok haiwan liar dengan sangat dekat. Kali ni terbalik, manusia dalam cage dan haiwan dilepaskan. huhu, padan muka manusia. Then, kami masuk Wet World. Ilham mandi dengan baba. Ummi tengok dari tepi je. Semua happy sangat (^_^). Esoknya Ilham demam huhu.

to be continued..

6 comments:

  1. hehe.. tersengih ana baca cerita nt. Semoga berbahagia.

    ReplyDelete
  2. tahniah kak mar. subhanallah, akak memang hebat. berbekalkan kerajinan akak serta semangat dari anak & suami, alhamdulillah akak dapat dean's list! bangga dgn akak! hehe. rindu akak sgt2.

    akak, saya due mid june nnt, inshaAllah. ^_^

    ReplyDelete
  3. salam mamah,
    alhamdulillah, mabrook!!!!! soooo happy for u :)
    wish u all the best & happiness, krm slm pd ilham yg comel & makin membesar tu.
    take great care.
    doakan aku nk final exams of final year in this May.
    miss u~

    ReplyDelete
  4. Tahniah...dalam sibuk2 sana sini dgn Ilham dan study ...dpt dean list...mmg GREAT and should be celebrate.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak!
    alhamdulillah yani dah selamat bersalin 26 jan hari tu..dpt baby boy :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak mar! nak jadi kuat mcm kak mar!

    ReplyDelete