
Lepas dua lagu aku nasyid - masuk lagu ketiga - aku dah semput. Aku minta tukar orang. Kawan aku dah standby. Minus one masuk, dia pun mula nasyid. Oleh kerana team nasyid kami tak ingat lirik, kitorang nyayi sambil pegang lirik yang biasa dia bagi sekali time beli album.
"Sekali lagi. Sekali lagi".
Kitorang minta buat ulang sekali lagi sebab lirik tak masuk dengan melodi. Pengadil angkat tangan tanda ok.
Kawan aku pun try sekali lagi.
Ish, tak masuk lagi la.. -_-
Muka pengadil dah semacam. Agaknya dalam hati dia nak kata, "korang ingat ni pertandingan ke karaoke?"
Aku pun try tengok. Apa masalahnya ni? Walaupun hanya dua kumpulan bertanding, kurang2 nak la merasa tempat pertama.
Aku pun try nyayi. Eh, memang tak masuk la.. kenapa ni?
"Owh, patut la! Ni bukan lirik. Ni kata-kata penghargaan artis!! Mana nak masuk!"
* * * * *
Pukul 3 pagi semalam aku kol abang. Aku terjaga sebab ketawa dalam mimpi sampai terbawa-bawa keluar tidur. Ilham pun jaga. Pelik agaknya, "apa kenalah ummi aku gelak sorang2 tengah2 malam -_-".. Aku cerita kat abang, abang pun gelak!
"Nanti kalau abang balik jangan buat macam tu. Takut abang"
"Takut kenapa?"
"Ye la, tiba-tiba tengah2 malam gelak sorang2"
"kekeke"
* * * * *
Entah kenapa aku mimpi macam tu. Mungkin sebab sebulan terakhir ni aku menjalanikehhidupan yang sangat stress. Next week pulak dan nak final exam. Mungkin jugak sebab sekarang aku memang tengah bahagia ^_^ Alhamdulillah.. Apapun, moral of the story, mak-mak, jangan bagi anak-anak perempuan masuk nasyid time kecik2. Uish, kesan dia dahsyat. Ni dah umur 25 tahun, dah kahwin ada anak pun mimpi2 lagi hehe.
Saja tulis benda yang santai sikit. Dedikasi khas untuk Abang, Khadijah, Hasanah, classmate FM and adik2 ISA (JAVA). Sesekali, buanglah jauh2 keresahan, keletihan, kesedihan, kesibukan dan ambil sedikit masa untuk bertenang dan mencari sesuatu yang bisa membuat bibir kita mengukir senyum. Percayalah, ia akan menjadikan hidup ini terasa lebih indah.
Ops, lupa nak cakap. Aku dah ambil wudhu' tau sebelum tido semalam!


Betul3..Hidup ni perlu ada senyum dan ceria..
ReplyDeleteKalau serius je, x dapat la nak menikmati kehidupan dengan baik kan..
Kadang2 tu, ada orang yg terlalu serius sepanjang masa, samapai budak2 kecik pun rasa takut.. (",)
kak mar, good luck final =) doakan kejayaan kita gak =)
ReplyDeleteoh, kenapa ana baru perasan blog ni ada entri baru hari ni [dah berapa minggu terlewat]
ReplyDelete