Friday, May 20, 2011

Dalam Takutku Ada Cinta

Aku menulis entry ini sebagai denda main kuiz dengan abang. hehe. Dari awal kahwin, kami memang suka main kuiz ni. Bila rumahtangga ni meningkat usianya, meningkat juga kesibukannya, kami dah lama tak main kuiz ni. So baru ni aku pun ajak abang main.


LISTING QUIZ

Macamana cara main dia? Sorang kena bagi soalan. Contohnya, suami aku tanya : SENARAIKAN LIMA BENDA YANG MESTI ADA DALAM MAKTABAH KAT RUMAH KITA. So, kami berdua akan spontan list 5 benda yang terlintas dalam kepala masing2. Then compare. Pastu cerita2. Biasanya kami tak main lebih dari 5. Rasanya lima tu dah sedang elok. Tak banyak sangat dan tak sikit sangat untuk disenaraikan. Cubalah dengan pasangan anda, (kalau pasangan anda sporting la). You'll feel the excitement! ^_^ Kadang2 kita ni tak banyak berkomunikasi. Lebih2 lagi si suami. Isteri tak payah suruh kut, memanjang aje komunikasinya. hehe. Maklumlah, wanita memang makhluq verbal. So dengan cara ni, kita dapat share apa dalam hati dan fikiran suami kita.


MODIFIED ONE.

So, kelmarin, aku modified sikit game ni. Kitorang main macam serasi bersama. Means, kena list pasal pasangan, bukan pasal kita. Contohnya : SENARAIKAN 5 MAKANAN KEGEMARAN PASANGAN ANDA. Siapa palig banyak betul dia menang. Siapa kalah, dendanya kena tulis pasal pasangan kat blog/fb masing2. Dipendekkan cerita, mestilah aku kalah. Sebab tu la aku tulis ni huhu.


AKU TAKUT PADAMU.

Suami aku orangnya tegas. Aku memang takut bila dia marah. Jadi seboleh2nya aku takkan buat dia marah (walau banyak kali juga aku buat dia marah). Bila abang minta buat sesuatu, aku akan buat cepat2 supaya akutak terlupa (aku ada penyakit lupa yang sangat kronik) dan abang tak marah. Baru-baru ni abang minta tolong aku buat sesuatu di sini. Then,lepas selesai uruskan benda tu, kami pun sembang2 kat telefon. Sembang-sembang, then abang cakap..

"..tak sayang abang la tu". Ni ayat biasa bila kami nak mengada2 merajuk.

"lor..napepulak cakap macam tu..kalau sayang tak sayang abang, takdelah sayang susah payah tolong abang"

"tu sebab takut.."

----PUTUS----

kredit habis. Mahal kut call hehe. Aku rasa kalau kumpul2 perbelanjaan komunikasi sedari awal kahwin, huh, ada beribu kut. Malam tu, aku baring pandang siling. Berfikir. Benarkah selama ini aku berbakti kepada abang, mematuhi arahannya kerana takut? Benar. Tapi adakah takut itu salah? Lama aku berfikir, akhirnya aku memahami bahawa antara ketakutan dan cinta terdapat kaitan yang relevan.


CINTA & TAKUT

Di dalam takut belum tentu ada cinta tapi di dalam cinta pasti ada takut. Takut kehilangan, takut melukai, takut tidak dicintai dan macam-macam lagi. Benar abang, sayang takut pada abang. Tetapi cintalah yang membina takut itu. Sayang takut menyinggung abang bila sayang tidak mentaati abang. Sayang takut dimurkai abang bila abang tidak menurut perintah abang. Dan di atas kemurkaan abang itu ada kemurkaan Allah. Tak jarang juga sayang menurut kerana takut kehilangan abang. Takut cinta abang pada sayang pudar dan beralih arah..

Sungguh lemah isterimu ini. Setelah sekian lama bergelumang dengan ketakutan ini, akhirnya aku merasa lelah. Sunnah rumah tangga, ada turun naiknya. Tidak sentiasa di atas garis lurus nan membahagiakan. Bila itu terjadi, aku mula kehilangan rasa takut itu dan perbuatanku banyak mengguris hatimu.

Akhirnya, aku mengerti, seharusnya ketakutan itu selayaknya diletakkan pada Allah. Aku harus berbakti kepadamu agar Allah tidak memurkai aku kerana aku melecehkan kamu. Aku mencintaimu sepenuh hatiku agar aku tidak kehilangan cintaNya. Hal inilah yg menjadikan aku konsisten di dalam rumahtangga ini walau apa cuacanya.

Semoga dasar rumahtangga ini adalah sebuah ketakutan yang haq kerna ketakutan itu akan sentiasa membina dan meluruskan cinta kita .

2 comments:

  1. isk..TT


    i've just finished my forensic MCQ exam and now read this at my own stake,hehe..sungguh tepat sekali entry ni..menjawab persoalan hati...


    TQ dear..smg menjadi bidadari di syurga nanti~

    ReplyDelete
  2. mmk : ameen.. semoga hang najah dalam imtihan..^_^ take care dear

    ReplyDelete