continuation from the last post..
Jadi petang semalam Ilham tidur time tengah makan. Sangat kesian :(..Dia tidur hanya 1 jam. Then bangun, main-main lagi sampai jam 2 pagi baru akhirnya dia tidur selepas mengamuk2 yang sangat dahsyat. Kenapa dahsyat? Sebab sangat jarang dia mengamuk macam tu. Pasti sangat susah untuk dia cerai susu.
Ummi pun dah sangat letih time tu. Kemas-kemas bilik yang bersepah. Jam 2.30am ummi baring. Baru nak terlelap mata, tiba-tiba dia menangis. Tengok jam, 3.00am. Ummi dukung dodoikan dia. Akhirnya dia tidur balik. Aku rasa exhausted sangat. Jam 5.00am dia bangun dan mengamuk yang dahsyat lagi -_-! Dia nak keluar, jadi ummi bawa keluar bilik. Dia nak tengok youtube. Ummi pasangkan dan duduk sebelah dia akhirnya terlelapatas kerusi. Everytime nak tukar cerita baru dia akan kejut ummi. Pukul 5.30am dia mengamuk2 balik. Ummi dukung dan try tenangkan dia. bagi dia main magnetic drawing board yang baba beli dulu. Dia pun main. Ummi ambil kesempatan nak solat Subuh.
Lepas ummi solat Subuh dia mennagis mengamuk lagi. Dia pasti sangat mengantuk dan keletihan. At last ummi mengalah. Ummi susukan dia jugasupaya dia boleh tidur dan berehat. Akhirnya Ilham tidur dan bangun dalam jam 10 pagi ++. The end of 1st day. Alhamdulillah ala kulli haal.
OPS SUSU HARI KEDUA
Ummi pun tertidur lepas Ilham tidur. Jam 9.00++am ummi terjaga, kemas2 dan siapkan apa yang patut. Then sms baba minta izin nak ke kedai belibarang rumah dan makanan untuk pujuk Ilham. Baba izin. Then, Ilham bangun, ummi ajak Pak Cik Loh teman. So, kami bertiga pun ke PKNS Bangibeli barang. Ummi beli banyaaaak sangat. Susu strawberry, soya, susu tepung, biskut tiger, nugget, fries, koko krunch, biskut belanda, apple dan buah anggur.
Balik beli barang, ummi suap Ilham makan tengahari. Guess what?! Ilham tambah sampai 3 kali! Ummi rasa happy sangat. Ini perkembangan yang baik ^_^. Petang sikit, ummibagi dia anggur, biskut dan susu. Lepas asar, ummi ajak dia tolong ummi basuh kereta kelisa atok yang dah kotor sangat2 sebab dekat sebulan ummi tak basuh sebab sibuk dengan exam. She was so happy. Ummi bagi dia paip air dan sponge. Habis dengan dinding2 garaj dia basuh hehe.
Then, ummi mandikan dia. Habis mandi dia start mengamuk. Dia tak tidur langsung dari pagi. Tambah buat aktiviti2 berat, dia dah mengantuk dan kepenatan. Kali ni dia mengamuk lebih dahsyat dari semalam. Sampai ummi tak tahu nak buat macamana. Last2 ummi ajak dia tengok Elephant Song, duduk atas pangku ummi. Tak dan lagu nak mula, mata dia dah tutup. Tidur sambil tersedu2. Kasihannya anakku sayang.. Dia tidur dalam 2 jam.
Dalam pukul 8.00++pm dia bangun. Ummi dah runsing, malam ni nak tidur jam berapa la pulak huhu. Ummi suap dia nasi lagi sebagai makan malam, then dia main-main sambil ummi buat chocolate. Dekat pukul 11, dia ajak ummi tidur. Wah, ini sudah bangus! Ummi dodoikan dia, urut2 kaki dia. tak jadi.Dia ngamuk2. Last2 ummi pujuk ajak dia kol baba. So, baba pulak pujuk dia thru phone. Thanks baba sudi luang masa walaupun kami tahu baba sangat sibuk. Habis cakap dengan baba, ummi try lagi urut2 kaki dia, belakang dia, tangan dia. Usap2 rambut dia. Ahirnya dia tidur tanpa mengamuk. Alhamdulillah.
So, malam semalam, tak ada dah adegan mengamuk2. Walaupun dia bangun every hour, tapi dodoi sikit dia dah tidur balik. Alhamdulillah. Hari ni hari ketiga. Hopefully, semuanya bertambah baik. Doakan kami. Ilham dah besar. Ummi pun dah start panggil Ilham dengan title "Kak Long".
PENYUSUAN SELEPAS 2TAHUN (respon awal)
- Guest
boleh x share maklumat(klu ad) ttg penyusuan anak lbih 2 tahun...adakah xdgalakkan atau xda zat u anak n etc...sbb klu ikut sirah nabi..
just yg sya tau dri 1 kitab ni...rasulullah dlu menyusu dgn ibu susuan die slama 4 tahun...skadr tnye klu saudari byk mklumt ttg pyusuan lbih 2thun.tq
Aku gembira mendapat soalan dari "guest". Ia akan membuat aku membaca dan mengkaji. Rancangannya aku akan membaca ulasan Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkenaan ayat hadhanah. Kemudian, cari article parapakar penyusuan. Then baca sirah. Apa kata kita sama-sama mebaca? ^_^. Harap dapat hasilkan penulisan yang baik. Owh, mungkin juga boleh share tentang penyusuan dari sudut fiqh.
Tapi basically, tak ada masalah untuk teruskan penyusuan walaupun selepas 2 tahun. Pakar Laktasi, Puan Rita Rahayu Omar di dalam majalah Pa&Ma mengatakan :
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! Walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.
Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.
Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:
1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.
Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaik bagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!
Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.**
Berdasarkan apa yang aku belajar dalam lecture Fiqh Ibadah dan Munakahat short sem dulu, hak anak terhadap penyusuan ibu ini dengan terang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah selama 2 tahun. Walaubagaimanapun, tak ada masalah untuk meneruskannya selepas umur 2 tahun atas ihsan si ibu. Namun, jika dihentikan juga tidak menjadi kesalahan kerana hak anak telah disempurnakan sebagaimana di tuntut.
Pada usia anak 2 tahun, susu ibu sahaja tidak lagi cukup untuk menampung diet anak. Anak memerlukan makanan lain untuk menampung keperluan tenaga setiap hari - seperti manusia dewasa lainnya. Namun, hal ini tidaklah menafikan khasiat susu ibu. Juga bagi ibu yang memutuskan penyusuan selepas dua tahun, perlu diingatkan bahawa anak masih memerlukan kalsium untuk pembinaan tulang. Maka, perlulah diisi keperluan itu dengan susu lain. Untuk mengelakkan kesukaran anak berpisah dengan susu botol pada masa akan datang, sebaiknya susu itu di berikan di dalam cawan. Hal ini lebih baik untuk mengelakkan anak terlalu bergantung kepada susu botol sehingga tidak mahu mengambil makanan selain susu.
Untuk kali ini, ini dahulu. nanti, selepas aku membaca, harap aku dapat beri jawapan yang lebih berisi. ^^
JIKA BEGITU, KENAPA BERHENTI?
Hurm.. alasan aku simple sahaja. Aku ingin setiap anak disempurnakan haknya sebaiknya. Ilham telah ummi sempukan bahaian Ilham. Esok2 kalau Ilham dapat adik, biarlah adik dapat bahagian adik sesempurnanya. Walaupun hakikatnya tak ada masalah menyusukan 2 anak dalam 1 masa.


as salam...
ReplyDeletehy marhamah.... sy juga mempunyai anak perempuan lebih kurang sebaya dgn ilham... dan masih belum berhenti menyusu badan.. dah cuba tapi asyid gagal sebab tak kuat semangat n kesian! actually, susu pun dah tak banyak. sekarang masih mencuba. terbaru saya letak nipple cream.. (suruh dia yang letakkan. ckp ubat sebab nipple sakit) so, bila dia ingat dia dengan sendiri tidak mahu minum susu! :) tapi, bila malam asyik failed sebab tak tahan tengok dia susah nak tido... hihi... sekarang ni saya bagi rania fresh milk dan buatkan milo+fresh milk sebelum tido.. disamping susu kotak pelbagai flavor. alhamdulillah semakin kurang menyusu. pernah minta advise doc.n the doct said, bagi baby banyak mkn sekurang2nya 8 meals setiap hari dan dia akan berhenti susu sendiri. dah cuba.. tetapi gagal... :( wish u good luck! :)
salam mar..
ReplyDeletepertama2 sekali, tahniah my dear sbb dah berjaya sempurnakan hak ilham...mcm kami dulu, boleh je nak teruskan tp betul mcm yg hg cakap, cukuplah setiap anak tu sampai 2thn...lagipun,diorang dh boleh makan makanan lain..
em, mmg susah kan nak berhentikan penyusuan..tambah sukar bila hg handle it alone..tapi, percayalah Allah sentiasa bersama..kami suka part yg urut2 tue..like any other babies, diorg mmg mudah ditenangkan dengan belaian,urut mahupun kata2 lembut dari ibu mereka sendiri..
insyaAllah, ilham anak yg solehah..dia akan dengar nasihat ummi dan babanya..cuma, sekarang dia memerlukan masa utk adjust dirinya dengan keadaan baru..
ganbatte ne my dear..and,tahniah dh habis sem ni..kami sdg berhempas pulas utgk final exam 4th year ni..doakan kejayaan bersama ye..moga dalam jagaanNya selalu..
regards,
-mamabalqis-
p/s: lama tak chat dgn hg but i still remember ur words- bab ego2 tu,hehe...miss u~
masnira : sama-samalah kita usaha ^_^ saya guna asam jawa huhu..
ReplyDeletemmk : thanks shida! moga mama2 muda semuanya najah walau kita tak dapat masa belajar macam orang lain.
thanks mar..haha,lucu plak hg guna asam jawa..kmi guna serbuk kunyit, ubat gigi, kopi, akar seruntun dsb..
ReplyDeletetp,paling berkesan guna ubat gigi..tp kesian lps tu tgk lidah dia cam pedih2,huhu..
at last, pujuk dan buat 'cold turkey' mcm yg hg buat skg ni sambil doa byk2..
peluk cium utk ilham ye..teringin nak tgk gambar latest dia..mesti dah besar panjang anak dara hg ni =)
mmk :kena tunggu baba dia balik untuk betulkan kamera hehe.
ReplyDelete