Alhamdulillah, akhirnya tamat juga semester ini dengan berakhirnya paper terakhir - Prinsip Insurans dan Takaful - pada 12 Mei lalu. Time ambil Ilham di rumah Kak Siti, ummi rasa happy sangat sangat sangat sangat sangat! Kami akan cuti 4 BULAN! Dan cuti kami SAMA DENGAN CUTI BABA! Itulah indahnya cuti kali ini. Harap time masuk balik semester bulan 9 nanti, masih ingat dan boleh apply lagi ilmu-ilmu yang belajar sebelum ni. Buka sem bulan 9, ummi masuk tahun 3, baba masuk tahun akhir! Ertinya, tinggal setahun semua ni akan berakhir. Moga Allah permudahkan urursan kami. Kedua-duanya grad dengan cemerlang dan Ilham tumbuh sebagai manusia yang baik walau dalam segala kekalutan belajar ummi dan baba.
MENANTI ABANG PULANG.
Insya Allah kalau tiada aral, abang akan tiba di tanah air pada 16 Jun 2011. Aku benar-benar tak sabar nak kembali bertemu abang. Ilham pasti juga. Harap by the time abang pulang, dah banyak yang dia boleh cakap. Sekarang percakapan dia dah makin jelas. Dah makin banyak vocab. Tapi yang dia tak tahu dia akan bubuh nama sendiri membuatkan ummi susah sangat nak tahu apa sebenarnya yang dia nak.
CONTOH SITUASI 1.
Ummi tengah makan malam. Ilham tak nak makan tapi dia duduk sebelah ummi. Ummi bagi dia anggur. Owh dia sangat sangat sangat suka anggur.
"Ummi, nak air" kata Ilham.
Ummi pun bagi cawan ummi yang ada air.
"Nak air!" Ilham mula kuatkan suara sambil tunjuk kat area yang banyak cawan-cawan yang berisi dengan air.
Jadi ummi pun hulur kat dia setiap cawan yang ada kat situ sebab sometimes dia memang particular nak minum dalam cawan mana. It really makes difference to her -_-! Habis semua cawan ummi bagi, dia masih jerit "Nak air!"
Ummi pun tengok, ape benda la yang dia nak sebenarnya. Then ummi nampak sesuatu dalam pinggan. Ye tuan-tuan dan puan-puan, yang dia panggil air itu adalah SEBIJI ANGGUR ok? T_T. Bila ummi bagi baru dia happy. Aduhai.. Semalam dia minta kat ummi "keze" yang sampai sekarang ummi tak tahu apa maksudnya.
PLAN 4 BULAN.
Aku ada banyaaaaaak sangat benda yang nak buat dalam masa 4 bulan ni. Kepada penempah2 coklat dun worry sebab order anda telah aku letakkan pada priority no. wahid. The list goes like this :
1. Siapkan order coklat. Bisnes boleh kencang sikit sebab tak sekolah.
2. Ilham berhenti menyusu.
3. Ilham toilet training. (Em..kat mana ek nak cari toilet pants?)
4. Nak ajar Ilham mengaji juga teknik Al-Barqy.
5. Nak bantu Usamah prepare untuk SPPM dan UPSR yang dah tak lama.
6. Buatkan rumah barbie Ilham guna barang terpakai.
7. Jahit baju barbie Ilham.
8. Mengemas-ngemas dan membuang-buang semua benda yang tak nak.
9. Basuh kereta! (rasanya dah sebulan tak basuh :p)
10. Masak untuk Ilham.
11. Selalu update blog (ngeh)
12. Siapkan family scrap book guna photoscape (best!)
13. Nak apply accounting and management yang aku belajar kat bisness. (owh kena buat filing huhu)
14. Nak buat felt craft.
TRAINING BERHENTI MENYUSU.
Semalam bermulalah secara rasmi usaha melatih Ilham berhenti susu. Alhamdulillah, ummi dah sempurnakan 2 tahun hak Ilham. Jujurnya proses ni tak mudah untuk ibu mahupun anak. Ilham dah menyusu sedari sehari tiba-tiba aku tak bagi dia menyusu, hati rasa sedih sangat. Rasa kesian. Tapi kena fight! Perasaan sekarang ni sama macam time aku fight untuk bagi dia exclusive breastfeed dulu. Time awal-awal, sebab ibu baru, rasa tak berapa yakin. Bila orang sekeliling nasihatkan bagi susu tepung, kata aku tak cukup susu, kata kesian kat anak lapar, time tu aku keraskan jugak hati berdasarkan ilmu2 yang telah aku acquire time mengandung dulu.
Owh, tahukah anda? Bayi yang berumur 1 hari, perutnya hanya sebesar guli! Jadi ibu muda yang masih belum keluar susu, ketahuilah bahawa beberapa titis kolestrum pada awal kelahiran dah cukup untuk mengenyangkan bayi (dengan izin Allah). Dan saiz perut ini akan cepat membesar. Pada hari kedua dia dah 2 kali ganda. Jadi, jangan culas menyusu sebab setiap penyusuan akan stimulate lebih banyak susu untuk keperluan bayi. Wow, ada gaya nurse yang bagi ceramah penyusuan tak? ;p
Alamak, dah sampai stesen lain ni. Berbalik ke jalan yang lurus, alkisahnya semalam Ilham sangat sedih tak dapat menyusu. Ummi tengok dia sedih, ummi lagi sedih. Sentimental betul. Tapi set balik minda, "Dia bukan sedih sebab lapar (basically pada umur ni susu bukan lagi makanan core dia). Dia rasa lain dari biasa sahaja. Dan ini yang perlu dibiasakan". Oleh kerana tak ada susu dia susah nak tidur. Aku alihkan perhatian dia dengan biar dia main macam-macam. Masuk petang, dia dah tak tahan. Dah mula merengek. Aku dah panic huhu
"Tak pe marhamah. Bawa dia gi makan. Kalau dia lapar dia akan makan. Kalau dia tak makan maksudnya dia tak lapar". Ilham dah betul2 mengantuk time tu. Ummi pangku dia dan suap nasi. Makan 2 3 mulut, mata terus tutup huhu.
..to be continued


0 comments:
Post a Comment